kenapa sakit dan letih?

seusai pulang dari perkhemahan yang penuh dengan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, berlari berkilo-kilo meter di tepi pantai, melakukan gerakan-gerakan badan yang pelbagai dan memakan tenaga yang banyak, bermain permainan fizikal berjam-jam di bawah panas terik matahari, melalui program sebegini beberapa hari sudah cukup untuk membuat kita pulang dengan rasa penuh kesakitan di seluruh anggota badan. Kenapa? kata orang, bersukan menyihatkan badan tetapi nampaknya seperti bersukan menyakitkan badan, menyebabkan lenguh-lenguh, tegang urat dan sebagainya.

sesunguhnya, inilah suatu pelajaran yang sangat adil. pepatah inggeris berbunyi ‘practices make perfect’. pepatah melayu pula mencadangkan ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

mengaitkan antara kesan sakit dan letih selepas program aktiviti lasak dengan pepatah-pepatah tadi, dapatlah disimpulkan bahawa kesakitan dan keletihan itu adalah kesan daripada aktiviti banyak dalam satu masa yang dilakukan tanpa latihan sedikit demi sedikit yang pernah dijalankan secara istiqomah pada masa sebelumnya. aktiviti lasak yang banyak dan agresif dalam satu masa memberikan kejutan yang besar kepada otot-otot badan yang tidak bersedia, yang sebelum ini tidak dilatih atau dibiasakan untuk menghadapinya. tidak peliklah, otot-otot itu merasa sakit sesudah menjalankan tugasnya kerana ia tidak biasa malah terkejut dengan bebanan kerja yang terlalu banyak yang terpaksa dilaksanakannya.

kesimpulannya:

1 — kita mestilah sentiasa (istiqomah) melatih diri kita dengan aktiviti- aktiviti fizikal secara berterusan walaupun sedikit supaya diri kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Latihan yang berterusan akan juga meyebabkan kita akan berjaya melaksanakan sesuatu dengan mudah dan cemerlang seperti yang dikatakan pepatah ‘practices make perfect’.

2 — kita tidak boleh melakukan aktiviti lasak dan agresif dengan banyak secara tiba-tiba tetapi mesti dimulakan dulu dengan aktiviti ringan sebagai pemanas dan persediaan untuk aktiviti yang lebih berat. Persediaan dengan aktiviti ringan ini juga mesti memakan masa yang lama, bukan sekejap saja sebagai mengambil nama ‘dah buat’. Contohnya, bermula dua minggu atau seminggu sebelum menghadiri program aktiviti lasak yang agresif, kita sudah perlu melatih diri dengan aktiviti fizikal yang ringan sedikit setiap hari atau dua tiga hari sekali.

demikianlah sebuah maklumat yang rata-rata kita telah tahu tetapi kenapa kita tidak buat? tidak ada alasan sebenarnya. yang perlu hanya kita menyusun masa dan merancang serta melaksanakan. natijahnya, badan kita akan kuat dan kita tiada masalah untuk menghadapi program aktiviti lasak yang agresif dan kita akan kembali dengan badan yang tidak (atau sekurang-kurangnya: kurang) sakit-sakit dan kita pun tidak terlalu lelah.

ayuh! sekarang masa untuk berubah.

istiqomah itu tidak mudah, tapi ia tidak mustahil. yang diperlukan: MUJAHADAH!

nilai-nilai yang dibincangkan di atas: kekuatan badan (qowiyyul jism), menjaga masa (haristhun ‘ala waqtihi), tersusun hidup (munazzomun fi syuunihi), berjihad atas nafsu (mujahadaton ‘ala nafsihi).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: