ilmu hutan

anda tersesat dalam hutan? sesat ada dua kategori. sesat di alam nyata dan sesat di alam lain.

untuk terus hidup (survival): apabila anda sesat dan tidak ada makanan, salah satu makanan terdekat anda ialah pucuk-pucuk kayu. bagaimana mengenali pucuk kayu yang selamat untuk dimakan iaitu yang tidak beracun? jika daunnya licin di atas dan dibawah, ia kemungkinan selamat. antara ciri-ciri licin ialah tiada bulu-bulu daun. uji daun itu. gumpalkan dan ‘gonyeh / genyeh’ ke bibir mulut seperti memakai gincu. biarkan selama beberapa minit. jika bibir tidak terasa tebal, maka kemungkinan ia selamat. masukkan pula daun itu ke dalam mulut, jangan telan, tetaipi kunyah dan ludahkan daun itu. biar beberapa minit. jika mulut tidak terasa tebal, maka ia selamat untuk dimakan inysaAllah. pilihlah pucuk yang di hujung ranting kerana ia lembut untuk dimakan.

kita perlu minum. bagaimana memastikan air di sungai atau dalam lopak selamat untuk diminum? air yang di dalamnya tiada hidupan berbahaya untuk diminum kerana kemungkinan ia keracunan. Hidupan tidak hidup dalam air beracun. Jika air memiliki pokok ‘ttuba’ yang hidup di dalamnya, air itu tidak boleh diminum kerana airnya beracun oleh racun dari pokok tersebut.

 

mencari jalan pulang: apabila anda sesat di alam nyata, dan anda berada di atas bukit, tindakan pertama ialah menuju puncak bukit. banyak kelebihan yang dimiliki oleh puncak bukit. bagaimana anda ingin mengetahui sama ada sesuatu tempat adalah puncak bukit? di puncak bukit, terdapat kawasan lapang yang tidak ditumbuhi oleh tumbuhan renek. yang ada hanya pokok-pokok tinggi dan kawasan tanah lapang yang biasanya dipenuhi daun-daun kering. di puncak bukit, anda jangan melaung kerana ia berbahaya dan mengelirukan anda. Apabila anda melaung, akan berlaku pantulan suara yang akan samapi kepada anda semula beberapa saat selepas anda melaung. Anda akan terfikir bahawa bunyi tersebut adalah jawapan orang lain kepada laungan anda tanpa menyedari bahawa bunyi itu adalah pantulan suara diri anda sendiri. Ini menyebabkan anda menuju ke arah bunyi itu datang dan menyebabkan anda makin sesat atau makin susah dijejaki oleh pasukan pencari dan penyelamat. 

di puncak bukit, anda pilih pokok yang tertinggi, panjat hingga tinggi / puncak dan lihat sekitar untuk tanda-tanda seperti jalan raya, perumahan dan asap. Asap menunjukkan ada orang membakar di kawasan ladang atau kampung. Tujuilah arah tempat tersebut.

Jika tidak nampak tanda-tanda jalan raya, kampung atau ladang, carilah aliran air. cara mencari alira air ialah mencari kawasan lembap. dari puncak bukit, perhatikan sekitar puncak bukit, tanah yang mengarah ke bawah bukit yang memiliki cengkung ke dalam tanah seperti akan membentuk lopak air. Permukaan tanah sekitar puncak bukit akan bersifat sama ada cembung ke atas membentuk seperti bukit atau cekung ke dalam tanah membentuk lopak air. Turuti jalur tanah yang cengkung seperti membentuk lopak air sehinggalah bertemu dengan aliran air atau anak sungai. Turutilah anak sungai walaupun seberapa lama seperti berhari-hari kerana anak sungai pasti akan membawa anda ke sungai dan ke laut yang insyaAllah di pertengahan jalan akan melalui perkampungan.

anda boleh memberi isyarat kepada orang lain untuk memberitahu bahawa anda tersesat dengan menggunakan isyarat asap S.O.S. caranya, anda buat unggun api. tahan asap yang keluar untuk beberapa ketika menggunakan kain dan lepaskan, agar asap membentuk kepulan demi kepulan yang berselang seli naik ke udara antara kepulan asap dan tiada asap. Buatlah unggun api di kawasan lapang di puncak bukit, bukan di kawasan terlindung oleh daun, agar asap dapat naik ke langit dengan kepulan yang tidak terpecah-pecah. selain menggunakan asap, anda boleh memberikan pantulan cahaya kepada orang lain dengan menggunakan cermin pantul jika ada.

jika anda tersesat di alam lain, mintalah doa kepada Allah, berzikirlah seperti membaca ayat al Quran dan berselawat kepada Nabi serta menunaikan solat meminta kepada Allah supaya diselamatkan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pelindung dan Penyelamat.

Advertisements

2 Respons so far »

  1. 1

    cetusanminda said,

    salam akhi..tahniah atas blog nta..smoga Allah memberi redha sebanyak2 nya ntuk nta.jazakallah akhi untk sgala yg nta ajrkn dlu.smga hidup ntum berdua dipayungi redha Allah

  2. 2

    pewaris said,

    ringkas tp menarik dan berguna.. Tahniah!!


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: