Pengurusan Minda : Pengurusan Idea

Apabila kita terlintas sesuatu idea untuk dibuat, berikan perhatian kepada idea itu, jangan biarkan ia terus berlalu begitu saja sehingga kita tidak dapat mengambil manfaat daripadanya dan kita tidak dapat memanggilnya semula apabila ia telah hilang lesap pergi. Peganglah ia (idea itu) kuat-kuat agar jangan ia hilang lesap begitu saja kerana idea adalah mahal, ia datang dengan percuma tanpa mengenakan sebarang yuran langganan. Catatlah idea itu dalam segmen catatan dalam minda kita, dan simpan ia baik-baik dalam format yang compatible, yang mudah diakses dan mudah diproses serta mudah dipindah lokasi. Untuk mengelakkan risiko kehilangan idea itu akibat kesalahan sengaja atau tidak sengaja yang berlaku dalam minda yang kemungkinan berserabut akibat pengemaskinian asset-asset dalam minda belum dibuat, catatlah idea itu ke luar minda iaitu ke dalam catatan maya di computer atau dalam catatan manual di buku. Sementara itu, periksa senarai ‘perkara yang hendak dibuat’ yang ada dalam minda kita. Susun senarai ‘perkara yang hendak dibuat’ itu berdasarkan keutamaan. Keutamaan dinilai berdasarkan kategori ‘kepentingan’ (level of importance) dan ‘keterdesakan’ (level of urgency). Perkara yang paling ‘penting dan terdesak’ menduduki tangga teratas dalam keutamaan senarai ‘perkara yang hendak dibuat’ itu. Perkara yang ‘kurang penting tapi terdesak’ berada ditangga kedua. Perkara yang ‘penting tapi kurang terdesak’ berada di tangga ketiga. Perkara yang ‘kurang penting dan kurang terdesak’ berada di tangga keempat. Nilailah idea yang dicatatkan dalam minda atau dalam buku tadi dari segi keutamaan. Apakah ia ‘penting dan terdesak’ atau ‘kurang penting tapi terdesak’ atau ‘penting tapi kurang terdesak’ atau ‘kurang penting dan kurang terdesak’? Letaklah idea itu di tempat yang sepatutnya. Bertindaklah ke atas idea itu mengikut keutamaan yang sepatutnya. Jika tidak ada perkara lain yang lebih penting dan lebih terdesak untuk dibuat, maka kita laksanakanlah idea itu sekarang. Kita tidak perlu menunggu masa lain kerana ini sudah masanya. Kita tidak perlu bertangguh kerana bertangguh adalah bukan sikap cemerlang, apalagi bertangguh membuka kita kepada sekian banyak risiko yang mungkin terjangka dan di luar jangka.

Advertisements

1 Response so far »

  1. 1

    nuizzamz said,

    Assalamualaikum wbt

    Perkongsian yang bagus dan tazkirah bagi yang terlupa.

    Actually, bila kita dapat menilai kepentingan dan keutamaan kerja dan tanggungjawab yang kita ada, insya Allah, boleh membuahkan hasil yang berkualiti dan berkuantiti.
    Tambahan pula bila bergelar seorang daie, kerja banyak tapi masa limited. So, kena pelajari skill2 kehidupan mcm ni.
    Tgk sahaja contoh Rasullullah saw, bukan setakat menjadi ketua negara yang berdedikasi, tetapi merupakan seorang bapa yang penyayang dan suami yang romantik terhadap isteri2nya. contoh dah ada kat depan kita atau dalam kitab2, cumanya, perlu penelitian dan perlaksanaan dari kita.

    wallahulam.


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: