Tazkirah untuk Pemimpin dan Yang Dipimpin

Untuk Pemimpin

-sedarkanlah diri kita bahawa kita adalah ‘tiada apa-apa’ (nothing) jika tidak kerana Allah mahu mengamanahkan kepimpinan ini kepada kita. Kita adalah hamba yang hina jika Allah tidak memuliakan kita.

-kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab yang dibebankan kepada kita. Kepimpinan bukanlah kemasyhuran dan ketinggian kedudukan yang kita pinta. Amanah dan tanggungjawab adalah untuk dijaga, dilaksana bukan dibangga-bangga. Amanah dan tanggungjawab akan ditanya – di akhirat sana, tidak akan dilepaskan begitu saja.

-pemimpin adalah pemegang hak-hak amanah yang diberikan oleh yang dipimpin. Hak-hak amanah ini mesti dilaksanakan dan dikembalikan kepada yang berhak.

-pemimpin sejati tidak suka mendengar pujian kepada dirinya tetapi suka mendengar kritikan dan teguran kepada dirinya kerana pujian tidak akan meningkatkan status dirinya tetapi kritikan dan teguran dapat dijadikan papan pijak untuk meloncattinggikan dirinya ke taraf yang lebih baik.

Untuk yg Dipimpin

-bersyukurlah kerana kita sedang dipimpin. Dipimpin ke jalan yang lurus. Bersyukurlah kerana kita tidak dipimpin ke jalan yang sesat. Bersyukurlah kerana kita saat ini tidak diuji dengan pemegangan amanah sebagai pimpinan tertentu, tapi kita adalah tetap seorang pemimpin, setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri

-redhalah dengan pemimpin kita. Taatlah kepadanya / mereka dan tunjukkanlah ketaatan kita. Berikan perhatian yang besar dan serius kepada pemberitahuan dan arahan pemimpin kita. Segera melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. Berilah sokongan dan bantuan kita kepada mereka kerana tugas memimpin adalah amanah dan tugas yang berat , tidak ringan dan tidak mudah. Berilah idea-idea bernas dan cadangan membina kepada pemimpin kita

-perhatikanlah pemimpin kita dari segi cara fikirnya, tindakannya, percakapannya, diam tawanya, suka dukanya. Contohilah apa yang baik dari pemimpin kita. Tutuplah segala ke’aibannya. Jika ada kesalahannya, tegurlah dia secara sembunyi-sembunyi, bukan depan khalayak. Tegur secara baik sama ada bersemuka atau melalui media – surat, telefon dsb – sebaiknya bersemuka. Berilah teguran yang membina tapi mesra, bukan lontaran-lontaran demdam membara. Yang membeza antara keduanya ialah niat di hati kita.

-berbincanglah dengan pemimpin kita tentang segala idea dan cadangan kita, serta suarakan apa-apa ketidaksetujuan kita kepada pemimpin, bukan menyuarakan ketidaksetujuan kita dan mengutuk pemimpin kita kepada sesame kita yang dipimpin atau kepada orang lain yang tidak berkaitan kerana ia adalah mengumpat, sia-sia dan tidak menyelesaikan masalah apalagi membawa kemajuan atau perkembangan positif.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: