Kita bukan milik kita

Kita dan apa yang ada di sekitar kita bukanlah milik kita. Ia adalah pinjaman Allah kepada kita. Ia milik Pemberi pinjam yang meminjamkannya kepada kita. Pemberi pinjam itu ialah Allah. Maka segala apa usaha kita hakikatnya bukan untuk diri kita tapi untuk Allah. Dan Allah memberikan ganjarannya, setimpal bahkan lebih sampai 700 kali ganda.

Kita ini diciptakan sebagai khalifah (wakil) Allah di bumi ini, untuk mentadbir bumi, memakmurkan bumi dan membawa serta menyebarkan risalah-Nya yang agung. Kita didatangkan ke sini (baca: bumi) bukan dengan sia-sia, tiada tujuan atau sekadar menghabiskan beras saja. Kita ada misi dan visi. Visi dan misi kita adalah untuk Allah dan Rasulnya.

Oleh kerana visi dan misi kita adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka segala apa yang kita buat adalah berdasarkan kepentingan untuk Dein Allah iaitu Islam, bukan atas dasar kepentingan untuk diri kita sendiri. Ini bermakna, apabila kita membuat pertimbangan, factor pertimbangan utama kita ialah ‘kepentingan Islam’ , bukan kepentingan diri kita. Apabila kepentingan Islam selaras dengan kepentingan diri kita, maka ia adalah bonus. Jika kepentingan Islam sedikit berbeza, atau jauh berbeza, atau bertentangan seratus peratus atau 180 darjah dengan kepentingan diri kita, maka tibalah masa untuk berjihad. Berjihad mengutamakan kepentingan Islam dan mengkesampingkan kepentingan diri. Berjihad untuk mengkesampingkan kepentingan diri yang biasanya dilandaskan kemahuan nafsu bukanlah sesuatu yang mudah. Berjihad untuk mengorbankan kesukaan bukanlah sesuatu yang mudah. Saat inilah saat untuk memilih jawapan dalam ujian Allah ini. Kita sudah tahu sebenarnya jawapan yang betul kerana jawapan yang betul pastinya mengutamakan kepentingan Islam berbanding kepentingan diri, tetapi entah kenapa, kita tidak dengan senang memilih jawapan yang betul padahal kita tahu jawapan itu telah betul. Ujian ini sungguh pelik. Tidak hairanlah ganjaran bagi siapa yang memilih jawapan yang betul tidak sedikit, tapi sangat mahal iaitu syurga insyaAllah.

Musim ini ialah musim kahwin. Ramai yang kahwin kerana kita banyak menerima kad-kad undangan dan melihat banyak petanda jalan ke tempat kenduri kahwin di mana-mana. Di sebalik majlis perkahwinan, jauh sebelum berlangsungnya akad nikah mahupun kenduri, ada sesuatu yang besar telah berlangsung bermula dengan saat tibanya keinginan untuk menikah, atau kesedaran betapa perlunya menikah lebih-lebih lagi perlunya menyegerakan pernikahan saat kemampuan telah ada.

Bagi orang-orang biasa, nikah barangkali sesuatu yang biasa juga sebagai sesuatu fitrah atau sekadar melengkapkan budaya bermasyarakat, menyahut seruan usia atau memenuhi keperluan biologis atau sebagai jalan  mencurahkan cinta merentas jantina. Tapi bagi ‘orang-orang luar biasa’ (baca: aktivis Islam i.e. kita), nikah kita juga luar biasa. Ini bukan permainan ‘mengangkat bakul’ atau merendah-rendahkan orang, tapi ini persoalan pernikahan dan amanah serta tanggung jawab yang hadir bersama pernikahan kita. Memang pada dasarnya, pernikahan kita juga sebagai satu fitrah, melengkapkan budaya bermasyarakat, menyahut seruan usia, memenuhi keperluan biologis dan sebagai jalan  mencurahkan cinta merentas jantina, tetapi nilai nikah kita tidak terhenti di situ saja. Ada hal lain yang lebih besar yang perlu menjadi pertimbangan kita.

bersambung dalam pos ” Kufu dalam tarbiah dan dakwah “

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: