Kepimpinan Pemimpin

Pemimpin juga memegang peranan seorang pengurus. Pemimpin dan pengurus bekerja untuk ‘memastikan’. Pemimpin ‘memastikan’ hala tuju adalah benar. Pengurus ‘memastikan’ destinasi dicapai dengan cara yang benar.

Pemusatan kuasa dan pembahagian kerja

Pemimpin Islam tahu ke arah mana tujuan dia memimpin. Dia mengetahuinya dengan pasti, tepat dan yakin, bukan ragu-ragu, samar-samar atau tidak pasti. Dia sangat berhati-hati memimpin pimpinannya agar ia dipimpin ke jalan yang lurus. Dia tidak akan dengan sewenang-wenang membiarkan hala tuju pimpinannya diselewengkan oleh sesiapa pun, lebih-lebih lagi musuh Islam dari kalangan jin (syaitan) dan manusia. Kesungguhannya menjaga hala tuju pimpinannya tidak bermakna dia tamakkan kuasa, kerana dia tahu bahawa hala tuju yang dihalanya adalah untuk Allah dan Rasulnya, bukan untuk perutnya dan periuk nasinya.

Pemimpin Islam mesti memiliki orang yang dipimpin yang saling percaya (tsiqoh) kepada kepimpinannya. Orang yang dipimpin percaya kepada pemimpinnya dan pemimpin percaya kepada orang pimpinannya. Apabila kepercayaan dua hala ini wujud, tidak aka nada masalah untuk berlaku pendedikasian dan pembahagian kerja. Pemimpin akan membahagi-bahagikan kerja kepada orang pimpinannya dan orang pimpinannya akan gembira menerima tanggungjawab kerja dan melaksanakannya kerana mereka sedar bahawa kerja yang dilaksanakan adalah untuk Allah dan rasulnya,  bukan untuk dirinya sendiri dan bukan juga untuk kepentingan peribadi pemimpinnya. Pemimpin tidak bimbang untuk berkongsi kuasa dengan orang pimpinannya kerana dia sedar hakikat kepimpinan itu untuk Allah dan Rasulnya, bukan kuasa itu untuk dirinya dan bukan juga untuk orang di bawah pimpinannya.

Pemimpin tidak mampu melakukan segala-galanya sendiri

Pemimpin kebiasaannya adalah orang yang hebat, tetapi semua pemimpin tidak mampu melaksanakan segala kerja sendiri. Oleh itu, perkongsian kuasa dan pembahagian kerja adalah perlu. Pemimpin tidak boleh cuba menjadi ‘one-man show’ kerana dia tidak akan mampu membuat segala kerja dalam satu masa sekalipun dia mempunyai kepandaian untuk membuat semua jenis kerja.

Kepentingan perancangan dan penyelarasan serta akibat mengabaikannya

Kerja yang tidak dirancang akan menimbulkan pelbagai masalah sama ada masalah yang dapat dijangka atau masalah yang tidak dapat dijangka. Perancangan akan mengelakkan masalah daripada timbul. Perancangan bukan saja melibatkan cara mengelakkan masalah tetapi juga cara mengatasi masalah. Perancangan mengatasi masalah mestilah meliputi bukan saja masalah yang dijangka tetapi juga masalah yang di luar jangka. Masalah yang di luar jangka ini bolehlah diandai-andaikan berdasarkan situasi semasa atau sekeliling. Cara mengatasi masalah yang disediakan mestilah banyak (beberapa – bukan satu) dan pelbagai, supaya jika cara yang pertama juga gagal, maka diganti dengan cara kedua dan seterusnya. Merancang cara pengatasan masalah ini sejak awal-awal banyak menjimatkan masa, mengelakkan kelam kabut dan melancarkan acara.

Penyelarasan adalah satu tingkatan penting dalam perancangan. Perancangan pada dasarnya adalah sesuatu yang baik tetapi perancangan yang tidak diselaraskan berkemungkinan mempunyai risiko yang tidak baik. Perancangan yang tidak diselaraskan memungkinkan pertindihan kuasa, pertentangan cara, salah faham dan sebagainya. Akibatnya termasuk menggagalkan acara, membazirkan sumber dan masa, menjatuhkan semangat, menjejaskan imej dan lebih teruk merenggangkan hubungan sesame manusia atau menimbulkan pergaduhan. Oleh itu penyelarasan seperti pembahagian kuasa dan bidang kerja serta penerangan skop kerja secara jelas adalah sangat penting.

Kepentingan Komunikasi Berkesan dan akibat mengabaikannya

Komunikasi berkesan menyelamatkan kita dari pelanggaran di simpang empat jalan, dengan izin Allah. Komunikasi berkesan menyelamatkan kita dari tertinggal kapal terbang, dengan izin Allah. Komunikasi berkesan menyelamatkan dari terjatuh lubang, dengan izin Allah. Komunikasi berkesan yang melancarkan perjalanan hidup kita secara damai dan tenang, dengan izin Allah.

Termasuk dalam komunikasi berkesan ialah ‘apa’ bahan yang dikomunikasikan, kepada ‘siapa’ ia dikomunikasikan, ‘bagaimana’ cara ia dikomunikasikan, ‘bila’ ia dikomunikasikan dan juga ‘kenapa’ ia dikomunikasikan.

‘Kenapa’ dikomunikasikan tentu sekali menjadi agenda terpenting yang menjadi factor kepada kelangsungan komunikasi itu. Faktor ini yang menjadi penyebab kepada keperluan dikomunikasikan – sama ada perlu dikomunikasi atau tidak. Jika perlu dikomunikasikan, tahap mana kepentingan ia dikomunikasikan dengan berkesan? Jika tahap kepentingannya tinggi, maka emelen-emelen komunikasi berkesan seperti ‘apa’, ‘bila’, ‘bagaimana’, kepada ‘siapa’ dikomunikasikan, sangat perlu dititikberatkan.

‘Apa’ yang dikomunikasikan mestilah meliputi ‘apa’ yang diperlukan atau perlu diketahui oleh penerima maklumat itu saja, bukan segala info yang ada pada penyampai maklumat. Kepada ‘siapa’? Kepada pihak yang memerlukan saja, bukan kepada semua pihak, sekalipun dia termasuk dalam kalangan yang terkait dengan kita. Sekalipun dia berkait rapat dengan kita, tetapi jika maklumat itu tidak diperlukan olehnya, maka kita tidak perlu mengkomunikasikan kepadanya.

Cara ‘bagaimana’ komunikasi dibuat banyak menentukan kecepatan dan ketepatan maklumat yang disampaikan. Cara maya biasanya lebih cepat berbanding cara bukan maya, tapi dalam keadaan tertentu, cara bukan maya adalah lebih cepat. Jadi, cara yang terbaik itu bukan satu dan tetap, tetapi boleh jadi pelbagai dan bertukar-tukar bergantung kepada keadaan sekeliling dan semasa. Keberkesanan pemilihan cara ‘mana’ adalah tergantung kepada kebijaksanaan pemilihnya.

‘Bila’ dikomunikasikan sangat penting kerana ia juga berkait dengan keprihatinan dan kemampuan daya ingat otak kita. Pemberitahuan awal mungkin bertindak sebagai pemakluman semata-mata, ingatan awal atau penyampaian idea kasar. Pemberitahuan awal memudahkan perancangan dan persediaan pelbagai pihak. Pemberitahuan menjelang acara adalah bertindak sebagai peringatan bagi yang lupa atau penambah semangat dan motivasi bagi acara tertentu.

Segala pertimbangan ini perlu ada dalam neraca pertimbangan minda kita. Pertimbangan ini kadangkala tidak didasarkan oleh fakta-fakta yang dimiliki oleh minda saja, tetapi juga dipengaruhi oleh perasaan hati berdasarkan kumpulan pengalaman dan sebagainya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: