Nota Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC) Kelantan 2012

Bekam ialah perubatan Islam. Perubatan langit. Diterima oleh Rasulullah semasa Israk mikraj. Bekam mengeluarkan darah kotor yang berkumpul di lapisan bawah kulit. Darah kotor mengandungi toksin yang menyebabkan penyakit. Darah kotor juga ialah tempat berkumpulnya syaitan kerana ia suka tempat kotor. Perkumpulan syaitan dalam darah menyebabkan perubahan  watak tuan badan kepada perwatakan syaitan termasuklah malas. Berbekam boleh membuang penyakit malas dan perwatakan syaitan.

Kelebihan Otak kanan. Surah Al An’am ayat 160. Otak kanan melebihkan Imaginasi. Contoh 10-1=19. Otak kiri melebihkan Logik. Contoh 10-1=9. Al Quran ditulis dari arah kanan, bukan kiri. Tapi Barat telah menukarkan arahan kawad kaki kepada kiri “dari kiri cepat jalan”. Otak kiri mengatakan, harta akan berkurang dengan memberi sedekah. Otak kanan mengatakan harta akan subur dan bertambah dengan memberi sedekah. Otak kanan: Sedekah menyuburkan rezeki. Sedekah menyembuhkan penyakit.

Setiap orang telah bergelar jutawan. Bukti? Jika ada orang tawarkan hendak beli biji mata anda dengan harga RM1 juta, adakah anda mahu jual? Kita kena menghargai setiap nikmat yang Allah beri kepada kita walaupun kecil.

Perancangan Zionis dalam perubatan di setiap Negara, lebih banyak katil atau hospital di sesebuah Negara adalah lebih bagus kerana ia melambangkan kelemahan rakyat Negara itu yang banyak sakit. Kemudian, Zionis boleh membuat duit dengan menjual ubatan melalui industri farmaseutikal.

Persekitaran, kesihatan dan perubatan mempengaruhi watak anak-anak, bahkan orang dewasa.

Kanak-kanak akan melakukan apa yang ia lihat. Kanak-kanak pantas meniru perbuatan yang dilihatnya. Oleh itu ibu bapa perlu memperlihatkan perbuatan yang baik sahaja kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menjaga tingkah laku di depan anak-anak. Ibu bapa perlu mengawal apa yang anak lihat dalam kehidupan hariannya, terutama dari media massa.

Apa yang anak lihat dan dengar mempengaruhi perubahan watak anak. Apa yang anak lihat lebih kuat mempengaruhi berbanding apa yang ia dengar. Anak yang asyik menonton TV tidak akan menghiraukan panggilan ibu bapanya walaupun ia dengar. Ia lebih terpengaruh kepada apa yang ia lihat berbanding panggilan ibu bapanya walaupun didengar. Zionis telah mengawal anak-anak kita dengan TV.

Sudahkah kita duduk 5 minit bersama anak dan mengajarkannya:

  1. Siapa Tuhannya?
  2. Siapa Nabinya?
  3. Siapa dirinya?

Perkembangan diri remaja: fizikal, intelek, psikoseksual, emosi

Untuk kejayaan anak, ibu bapa perlu jaga hubungan dengan Allah. Contoh, ibu bapa banyak berpuasa dan berdoa semasa anak menghadapi peperiksaan.

Ibu bapa perlu ajar anak sehingga dia pandai berdoa sendiri kepada Allah. Doa anak-anak maqbul kerana mereka bersih dari dosa. Sedangkan doa ibu bapa belum tentu maqbul kerana tersekat oleh dosa-dosa.

Struktur susu ibu akan berubah menjadi buruk jika mengalir di dalamnya tenaga bunyi yang negative yang dating dari perkataan yang buruk. Oleh itu, ibu bapa hendaklah tidak bercakap perkataan yang buruk atau bergaduh semasa menyusukan anak, malah pada bila-bila masa bersama anak.

Orang yang sakit tidak cukup menerima kata-kata motivasi yang baik. Dia perlukan rawatan. Rasulullah memberikan rawatan kepada pesakit, selain kata-kata nasihat yang baik. Rawatan mungkin dalam bentuk ubatan atau air penawar.

Rawatan / penawar tidak semestinya dalam bentuk ubatan atau material. Amalan baik boleh jadi penawar. Sedekah ialah Syifak. Sedekah menyembuhkan penyakit.

Apabila tertekan (stress), antara petandanya ialah kita rasa sakit-sakit / sengal-sengal di bahu. Akan hilang apabila diurut-urut. Apabila tertekan, mandilah dengan campuran air, ais dan garam. Ia melegakan tekanan.

Ibu bapa perlu celik teknologi maklumat, malah perlu lebih maju menguasainya berbanding anak-anak. Hanya dengan itu ibu bapa boleh memantau dan mengawal anak-anak pada zaman teknologi maklumat ini.

Untuk kesejahteraan diri, kita perlu tidur awal, tidur dalam gelap bukan dalam cahaya, dan bangun awal seperti untuk solat malam dan solat Subuh.

Pada bulan Ramadhan, ibu-ibu hendaklah berhenti memasak 45 minit atau 30 minit sebelum masuk waktu. Kumpulkan semua ahli keluarga, duduk bersama, baca zikir matsurat dan berdoa. Waktu menjelang Maghrib ialah waktu mustajab. Berdoalah untuk kebahagiaan keluarga dan kejayaan anak-anak dunia akhirat.

Kebosanan akibat kesunyian boleh membunuh. Contoh, ibu bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua kebosanan kerana sunyi dari kasih sayang dan hilai tawa anak sendiri.

Penceramah / Panelis:

Dr Hj Arif b Hj Mat Nor, QSI Alpha Therapy & Training.

Pn Siti Aishah bt Abd Hamid, pensyarah IPG.

2 Respons so far »

  1. 1

    dr.arif said,

    Salam.terima kasih akhi kerana mengambil point atau isi yang penting Ketika dan masa doc sampaikan ceramah tempoh hari. Tahniah atas usaha akhi. Semoga ALlah memberi kebaikan pada akhi

  2. 2

    wan auza'ie said,

    Nota yg bagus….cuma mungkin bleh promote amek kursus bekam ngan Dr Arif utk student2 cari side income..huhu


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: