Pendidikan Anak Dalam Kandungan

Saat peradaban bukan Islam mengatakan, pendidikan anak sejak dalam kandungan adalah penting, Islam dein terunggul sepanjang era mengatakan pendidikan anak sejak dalam kandungan adalah wajib. Lebih menakjubkan, permulaan mendidik anak dalam kandungan bukan setakat bermula saat hari pertama ibu mengandung, malah sejak sang ibu dan si bapa masih belum menikah, iaitu saat kedua-duanya masih remaja dan mencari-cari siapakah gerangan bakal pasangan hidup.

Dari benih yang baik tumbuh pokok yang baik, segar dan berhasil lumayan. Dari tanah yang subur, tumbuh pepohon yang segar menghijau. Dari rahim ibu yang baik, lahir anak yang soleh dan solehah, cerdas, cergas lagi comel dan pintar. Dari bapa yang soleh, anak terdidik menjadi soleh dan solehah. Itulah hukum asas dan universal. Mendidik anak dalam kandungan bermula sejak mencari pasangan hidup lagi. Jika pasangan yang dicari baik, insyaAllah anak yang bakal dikandungkan pun baik.

Si ibu dan sang bapa pernah juga menjadi anak. Mereka pernah merasakan bagaimana mereka dibesarkan dan dididik. Besar kemungkinan, dengan cara didikan yang seperti mereka terima daripada ibu bapa mereka itulah nanti mereka akan guna untuk mendidik anak-anak mereka. Jika cara didikan itu baik, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, itulah yang harus dipelajari mana yang baik mana yang tidak. Yang baik bagus saja diwarisi, namun yang sebaliknya mesti ditukarbaiki.

Mendidik anak dalam kandungan bukan semata mendidik bayi yang dikandung. Lebih utama, sepanjang tempoh mengandung terutama pada masa awal-awalnya ialah ibu bapa mendidik diri sendiri agar menjadi baik, soleh solehah dan dipenuhi pelbagai sift mahmudah. Kerana semua sifat itu bisa terwarisi walaupun tiada jaminan penuh akan diwarisi. Bisa terwarisi dan akan diwarisi adalah dua hal yang berbeza, namun boleh jadi kedua-duanya akan terjadi. Jika kedua-duanya terjadi, biarlah yang diwarisi adalah yang baik-baik belaka.

Setelah ditiupkan ruh ke dalam jasadnya, bayi dalam kandungan itu mendapatkan hidupnya. Peringkat demi peringkat deria dan anggota badannya semakin berfungsi. Mata, telinga, hidung, mulut. Badannya bergerak. Lama-kelamaan ia menendang-nendang. Ia telah hidup. Sebermula ia hidup, ia memerlukan pendidikan sebagaimana ia memerlukan makanan dan minuman serta oksigen yang dikongsi dengan ibu hamilnya. Ia perlu mendengar muzik yang sedap seperti alunan al Quran, doa, zikir dan azan. Ia perlu mendengar kata-kata, motivasi dan nasihat yang baik daripada ibu dan bapanya. Ia perlu diusap dan dibelai-belai manja dengan penuh kasih sayang. Ia perlu diajak berbicara untuk mengenal Penciptanya. Ia perlu mendengar kisah-kisah menarik menjelang masa tidurnya seperti kisah nabi-nabi, kisah asal usul manusia, kehidupan di syurga dan sebagainya.

Dengan bekalan minda dan ruh yang positif dan berterusan selama 9 bulan atau sebahagian besar masa daripadanya, seperti mana bekalan zat makanan yang berkhasiat, insyaAllah akan lahir bayi yang sihat fizikalnya dan bijak akalnya serta baik akhlaknya serta keimanannya menjelang ia besar nanti.

Ayuh didik anak dalam kandungan! Ayuh lahirkan mujahid dan mujahidah yang comel, soleh solehah, bijak, cergas dan cerdas!

About these ads

3 Respons so far »

  1. 1

    alberangque said,

    Assalam mu alaikum wr wbt

    Antara kaedah mendidiknya ialah bakal ibu dan bapa digalakkan membaca surah Lukman dan surah Yusof sebagai zikir utama.
    Bukannya mendendangkan lagu-lagu cinta cintan yang nantinya apabila lahir dan membesar akan menghadapi kecelaruan cinta cintan.

    Satu artikel yang baik untuk dikongsi dengan anak muda juga orang tua.

  2. 3

    mehmed said,

    nice artikel..
    bilo demo nok buleh anok nih???
    ari jumaat lepas x engat nok juppe metta…

    dr fahmi curtin villa 5016


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: